kejap je masa berlalu..dah 17 syawal hari ni..takde entry pasal syawal coz saya teramat bz (konon2nye hehe!) di Syawal yang lalu.
apapun selamat lah mendatangi open house2 yang berlumba2 jemputan datang..dan selamatlah menjamu selera sebelum memulakan balik program diet anda hehe!
lately ni banyak yang berlegar2 di kepala saya yang ndak diluahkan disini tapi...tak tau nape bila nak diterjemahkan dalam bentuk tulisan, payah pulak..tepu di dalam kepala je..but i'll try ;)
perkara pertama
berkenaan anak-anak yatim..
ahad lepas ondeway back to kuantan saya singgah isi minyak kt stesen shell bandar pusat jengka/bandar jengka (sekarang tukar lagi jadi bandar tun razak jengka yang saya rasa nama yang paling suit dengan jengka coz jengka adalah ilham allahyarham tun razak. alfatihah untuk beliau)
ramai pulak yg q nak isi minyak..saya pun menunggu dengan agak sabar..hehe..aweks2 cun yg menaiki proton biru plat number dot..dot..dot..kt depan kt depan saya tu begitu lambat mengalihkan kereta mereka sambil sempat bergurau senda serta gelak ketawa dan menekan2 henfon walaupun dah siap penuhkan tank..tidakkah mereka sedar bahaya menggunakan henfon masa tengah pump minyak..dan bahaya juga perbuatan melengah2kan untuk mengalih kenderaan lepas dah siap isi minyak sebab org belakang q ramai..bahaya la nanti yang belakang mengamok..dan emosi saya sedikit terganggu dengan adegan di depan saya itu..hmm..
yg nak ceritanya adalah masa saya tengah tunggu attendant pump tu isi kan minyak kt tank saya datanglah gadis kecil bertudung hitam bagi salam..terkejut i hehe! sambil kenalkan diri beliau bagitau beliau buat jualan amal untuk bantu rumah anak2 yatim kat kedah.yang dijualnya adalah cd lagu2 ape tah..kesian..saya tak boleh dengan anak2 yatim kecil ni saya selalu lemah..so tanpa banyak cakap saya hulurkan duit dan cd bertukar tangan. apa yang saya kesalkan saya tak senyum pun kt beliau sebab masa beliau datang tu betul2 lepas saya geram dengan adegan gadis2 control ayu berkereta proton saga biru tu..sambil beliau bagi cd tu beliau mendoakan saya.."terima kasih kak mudah2an ALLAH murahkan rezeki akak kerana membantu anak2 yatim.."dan terus pergi.
hati saya sangat tersentuh sampai terkeluar air mata..sombongnya saya kerana langsung tak bagi perhatian yang ikhlas pada beliau semata2 mengikut emosi yg dah terganggu sikit tu.adik itu@gadis kecil itu memberi saya pengajaran yang sangat berharga tentang senyum, ikhlas dan sifat kemanusiaan sesama hamba..juga doa..doa anak yatim adalah antara doa yang akan dimakbulkan ALLAH..ya ALLAH beri saya peluang untuk bertemu lagi dengan anak2 yatim itu..gadis kecil, maafkan saya. sombongnya hamba ALLAH yang bernama hafizah ini. ampunkan hambaMu ini YA ALLAH
perkara kedua
berkenaan hubungan adik beradik..
lepas abang saya kawen..ada masanya dalam hati saya timbul perasaan2 'kurang best'. saya percaya orang lain mungkin penah alami situasi yang sama macam saya.manusia katanya..mane ada yang berpuas hati..ada je lah yang tak kene..betul tak hehe!
tapi, dalam perjalanan balik hari tu saya terserempak dengan abang saya kt jalan masuk ke jengka 19..cuti2 pun keje jugak abang saya ni..die bagi lampu, saya pun balas..masuk tol chenor rasa nak tgk henfon lak (perhatian: saya tgk phone masa tengah q nak masuk tol) tgk ada 2 miskol 1 message..dari abg saya. mesage beliau:"gelapnye balik.."
saya terfikir..dia masih mengambil berat adiknya..hmm..saya cepat2 buang perasaan2 'kurang best' tu dari hati saya. saya sayang abang saya :)
perkara ketiga
berkenaan terjemahan alquran dalam bahasa melayu.
tadi pagi2 masuk ofis saya terasa nak baca alquran (pengaruh zul sebelah sebab hari2 dengar beliau mengaji b4 start keje. kredit untuk zul) saya baca surah alkahfi..samapai ayat ke 24 saya berhenti. sadaqallahul aziim..bukak intenet dan saya start meng'google' "terjemahan surah alkahfi"
jumpa banyak tapi bahasa indon..agak2 kenapa takde terjemahan yang menggunakan bahasa melayu malaysia yang standard? atau saya yang tak jumpa?
saya tak mau pre-judge benda2 sensitif mcm ni, takut tersalah pulak..tapi there is a big question mark inside my mind..tentang negara islam malaysia dan tanggungjawab para pemimpinnya..
ke cemane?
question mark itu terus berlegar2 di mindaku...
0 comments:
Post a Comment