Tuesday, August 25, 2009

iftar

tiba2 rasa nak menulis sesuatu pasal berbuka semalam..

semalam saya masak pais ikan kembung tempoyak (nama tu saya hentam je). first time saya try buat kt rumah bonda saya menggunakan ikan talapia. resepinya saya dapat dalam magazine masak2 iaitu rasa (tepuk tangan untuk mereka yang menyediakan resepi yg best ini). tapi semalam saya guna jek ikan kembong yang saya bawak dari rumah bonda. dan resepinyasaya buat ikut suka tp yang penting hasilnya sehingga menjilat lulut..hehe! sedap bangat (turut diakui oleh dikli dan dila walaupun dila tak makn tempoyak tp die cakap bau best. saya percaya mereka bukan sekadar nak amek ati je hehe!)

bestnye!saya teringat2 lagi pais tu..sedapnye..sedapnye..

internet down

tapi saya bukak gune broadband saya yg xleh guna kt umah coz laptop biol. maka dapat lah saya membebel dalam blog ni disaat org lain bz buat keje..

buat keje?

buat keje?

time keje buat ler keje, ye tak?

ke cemana?

Thursday, August 20, 2009

orang tua kita

bonda saya mengadu pagi tadi..tentang hal anak beranak..

hmm..begitulah seorang mak, sayangnya pada anak takkan sama macam mana kita walaupun berapa ramai pun adik beradik sayang kat dia. walaupun kita adik beradik kumpulkan sayang kita dan bagi pada mak, takkan sama dengan sayang mak pada kita.

tapi kan, kenapa kita sebagai anak selalu lupa yang kita ni anak dan dia tu mak kita? selalu je kita lupa yang sebagai anak, walau tinggi mana pun kedudukan kita, kita tetap wajib hormati dia, tetap kena jaga perasaan dia..dan lagi, kita selalu lupa yang membuat mak kita kecik hati tu suatu dosa walaupun mak kita tak tunjukkan perasaan tu pada kita?kenapa agaknya kita kadang treat mak kita macam kita treat kawan2?bukankah kita ni anak?tidakkah kita sedih kalau mak kita buat jugak kita camtu?kenapa kita selalu pentingkan rasa kita sahaja berbanding rasa emak yang mengandungkan kita, lahirkan kita dan besarkan kita setelah kita rasa kita boleh hidup sendiri?

mak,
hafizah sayang pada mak lebih dari apa yang hafizah sayang dalam dunia ni.
terima kasih sebab melahirkan hafizah ke dunia ni, besarkan dan bagi pelajaran sehingga hafizah jadi seperti hafizah yang sekarang.

mak,
maafkan kami anak2 mak yang selalu menyinggung perasaan mak..

saya tak sabar nak balik kampung, nak salam mak, nak cium tangan mak, nak ubat luka di hati mak..biar saya yang menghiburkan hati mak di kala mak bersedih..

*****************************

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (Al Israa’ 17:23)

Kasih ibu bawa ke syurga

Tuesday, August 18, 2009

ahlan ya Ramadhan

Ramadan bakal menjelma lagi..


"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." Al Baqarah (185)


mudah2an Ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas2.
inilah azam saya dan saya betul2 berharap saya dapat lakukan yang terbaik sebab saya rasa saya banyak lalai.

ya allah, makbulkan aku

Sunday, August 16, 2009

petua rumahtangga

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan).

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga, Kerana ALLAH Taala...

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa" (56.35), "Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)" (56.36),
"Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya" (56.37) ,
"(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan" (56.38) .

Thursday, August 6, 2009

tensi nyeh!!!!

broadband saya menggila lagi tak leh nak berintenet lagi.

tensi nyeh saya di saat2 genting dan penting camni boleh lak benda alah ni buat hal.betul2 menguji kewarasan minda dan fikiran.

adoii..i need to send those sijil2 by tomorrow if tak nanti nama tercicir untuk tetap. diorg kat hq ni pn satu..esok nak arini br mintak..macam dah tadek ari lain.

ya allah bagi la saya sabar dengan sikit dugaanmu ini.

sabar gap..sabar..ni sume dugaan nak senang.org kata bukan senang nak senang. duhai hati sabarlah kamu..

wajah baru..

hehe..

saya rasa benda baru yang saya buat kt blog ni cantik la..(saya ikhlas menyuarakan apa yang saya rasa hehe!)

kerosakan-kerosakan dalam kehidupan saya

1. broadband..ntah ape masalahnya malam tadi tak bleh nk connect lak. hadoi la..ni nanti petang nak try bawak kat tukang jual tu tgk ape problem die.

2. iron..huhu!pagi-pagi lagi aku dah ditimpa masalah iron yg tanak panas..tepaksa la g keje tanpa iron baju dan tudung betapa la selekehnya saya arini. petang ni gak saya nak g cari iron baru.hampeh betul!

3. tv..dah lama rosaknye bile tah nak repair...huaaa!!!

tp good news beside all this kerosakans is that- tadi saya dapat call from AGC..they ask for my resume and all the cekadaks yang relate ngan resume sebab nak confirmkan jawatan saya. yea!! alhamdulillah.. syukur sangat2. da bagitau encik amir huhu!