Saturday, October 31, 2009

layannn..

intenet di rumah hehe!

maju gak jengka 13 ni..last time sy bw balik broadband yang dikuasakan oleh syarikat telekomunikasi yg berbaloi-baloi tu tadek connection. tp ni pakai maxis (sy xberniat nk promote pun), buleh pulak..mcm nk tuka jeh!


penatnye kesan penjoggingan last thursday..kaki nih rasa teramat sakit especially time nk turun tangga. keadaan rumah mak saya skarang memerlukan kami banyak berada dirumah atas..berbanding bawah..sebab..


ada sikit renovation..

kisah renovation ni bermula masa rumah mak saya dimasuki MALING 2 kali berturut2 dalam tempoh yang dekat. lama dah mak angan2 nak baiki rumah, alhamdulillah, Allah bagi rezeki kepada mak melalui anak2nya.

dapatkan kami adik beradik bg mak umah yg cantik sikit..yang penting mak hepi!

Thursday, October 29, 2009

my good old days..

rindu saat2 ini..



iylia ihsan & associates


again..fara elyn, me, gpa, bubu @ bubuyov :)


and again..fairy tadek, tak cukup partners iia






the lecturers n the students (llb honours 2c)
from left : tuan lee, lina, keya, munzil, kamal, zura, yeen, bulan, ery, din, shida, sha, ely, fara, gpa, zack, yasser (the horrible OM) sory yasir!, farid, ME, flow, diba, shal, bubu, ira, wawa.
front: pn suzaini, pn rafizah, pn nora, cik maz, pn sharifah saeedah, en mail, the dean (dr mus), the head of programme LLB (hons) (pn azni), pn mariam, mr rajesh, en yunus, pn saudah, mummy, pn rafidah


aksi diluar kawalan depan moot court
setahun yang amat penat..tapi saya gembira mempunyai pengalaman itu. manis sekali apabila berjaya melalui semua cabaran yang bukan sikit..tak caya tanya all llb honours grads from uitm how suffer we were throughout the year..huh!nasib grad!
rindu semua kawan2 dan lecturers.
mau kembali ke zaman silam!

jie oh jie

jie ialah kawan baik saya. dia sudah pregnant 4 bulan sekarang. td die bagtau saya fes time die g check up kat doc, the doc was shocked bikos normally bila dah peringkat umo cam kitorang ni anak da 2. doc tu shock bila jie bagtau this is her fes pregnancy. aiyoo!!manyak takot maa!why the doc shocked?is that any problem to hv fes pregnancy at dis stage of age?saya belum tua la wei!! wei!!wei!!

sekarang saya rasa mau kawen dengan cepat kerana umo telah meningkat dan saya mau pregnant dengan cepat sebelum doc yg akan check sy nanti lebih2 lagi terkejutnya huaaaa!!

Wednesday, October 28, 2009

edisi sebuah diet yang musnah dan agenda jahitan

saja letak tajuk tuh.

saya dan rakan yg bernama masz itu sedang berdiet lah konon2nye..tapi lihatlah ini..

sardin cap marina-ikan sardin beriklim sejuk- azizah ariffin

sayur 'jari perempuan'yang digoreng bersama sos tiram dan telur
kerabu telur fav ku hehe!tanpa perahan limau kerana limau takde
inilah hasil kerja saya semalam setelah pulang dari opis.dan saya telah memaksa si diba supaya ngapp besama2 hehe!
sebuah diet yang hampir musnah..camno ni cik maznorlia?

dan sesudah selesai sesi mamam2, saya sambung agenda menjahit yang dah tergendala semalam sebab benang abis..kene tunaikan jugak janji ngan mak nak siapkan langsir dis wiken.tidur lambat malam tadi..agak2 sempat ke tebako lemak2 hasil pemakanan saya malam tadi?hehe!
yang lemah tu tang nak memotong sebab kainnye sangat luas jadi perlu kesungguhan disitu supaya potongan tidak senget-benget. berpeluh2 jugakla..pagi tadi saya tinggal je benda2 tu di tengah ruang sebab dah tak larat nak mengemas..huuu!!diba, i'm veri de sory..nanti da siap i kemas balik huhu!sian housmat ku kerana terpaksa berdepan dengan persepahan ini..

lihatlah dunia..

ini adalah pen yang digunakan untuk lukis2 atas kain which is erasable..best ah!cam tukang jahit pro. guna kapur susah.mahal woo benda ni!

peniti yang sangat banyak membantu dan..sangat dikhuatiri bersepah2 takut tercucuk kaki

gunting baru
benda yang berbunyi kuat yang digunakan secara berleluasa untuk mencantum kain2 yang telah dipotong..kepunyaan in-law saya.
dah!mari buat kerja balik!

Tuesday, October 27, 2009

pekerja contrcat

apakah perbezaan pekerja kontrak dengan pekerja yg dapat keje terus tetap?

tidakkah yg contract tu buat keje yg sama dengan tetap jugak?so elaun2nya ganjaran2nya dan layanan2nya bukankah sepatutnya sama sebab beban kejenya sama.

dulu sy contract tp baru2 ni dah dapat tetap tapi keje yg sy buat masih sama dengan yg dulu tadek pulak bertambah.

hmm kenapa bila apa2 bos bagi kat pekerja contract (precisely-yg penah jd contract@yg baru dpt tetap) mesti dipersoalkan?

hei tuan2 dan puan2 saya buat kerja jugak tau sama mcm org tetap!! marah!

Monday, October 26, 2009

hadiah untuk bonda

hati terasa ingin menghadiahkan sesuatu kepada bonda tercinta walaupun tak bergaji..

takpe lah,. saya gembira melakukannya sebab purse mak dah terkoyak sedangkan purse saya masih elok..wajarlah saya belikan yang baru..sian kat mak..ye lah, mak2 ni kalau bukan anak2 yang amek inisiatif nak bagi2 rasanya tak kan dia mintak..

tapi hari tu mak belek2 handbag..
then, i bought for u mak..cantik tak?

saya tak mampu nk beli yg mahal, tp sy ikhlas dan sgt gembira dapat melakukannya untuk mak tersayang. harap2 mak gembira menerimanya

hari konvokesyen saya..



ini je?
iye..hanya ini sahaja gamba konvo ku kerana..saya pun tak tau kenapa cuma ni je gamba yang ada..itu pun amek dalam facebook wira.
tak ingat la what happened on dat day..tapi ni je la..
cantik kan..yang telah diedit itu hehe!
gambar ini adalah gambar konvokesyen sarjana muda undang-undang dengan kepujian universiti teknologi mara. dari kiri: zura, farah adlini, ely (dah jadi ibu kepada 2 anak kembar lelaki heee!), ira, saya ;)

Wednesday, October 7, 2009

demamkah ini?

semalam sakit tekak yang teramat sangat..

ini hari pagi2 sudah terbersin sama seme2..

kt opis pale pening2 sakit2 seluruh badan..

nafas panas je..ala..demam ke ni? malas nak p kinik la pulak mood nk buat keje membuak2 di dada ni.g kinik kang kene mc lak..

ke cemane nih?!

dan juga mula batuk dan berair mata..kene beli penutup hidung dan mulut baru ke..?

Tuesday, October 6, 2009

google

saja je letak tajuk tu..

pencarian saya bertemu dengan web ini http://www.alquran-melayu.com/

mari kita belajar alquran :)

salam eid

kejap je masa berlalu..dah 17 syawal hari ni..takde entry pasal syawal coz saya teramat bz (konon2nye hehe!) di Syawal yang lalu.
apapun selamat lah mendatangi open house2 yang berlumba2 jemputan datang..dan selamatlah menjamu selera sebelum memulakan balik program diet anda hehe!
lately ni banyak yang berlegar2 di kepala saya yang ndak diluahkan disini tapi...tak tau nape bila nak diterjemahkan dalam bentuk tulisan, payah pulak..tepu di dalam kepala je..but i'll try ;)
perkara pertama
berkenaan anak-anak yatim..
ahad lepas ondeway back to kuantan saya singgah isi minyak kt stesen shell bandar pusat jengka/bandar jengka (sekarang tukar lagi jadi bandar tun razak jengka yang saya rasa nama yang paling suit dengan jengka coz jengka adalah ilham allahyarham tun razak. alfatihah untuk beliau)
ramai pulak yg q nak isi minyak..saya pun menunggu dengan agak sabar..hehe..aweks2 cun yg menaiki proton biru plat number dot..dot..dot..kt depan kt depan saya tu begitu lambat mengalihkan kereta mereka sambil sempat bergurau senda serta gelak ketawa dan menekan2 henfon walaupun dah siap penuhkan tank..tidakkah mereka sedar bahaya menggunakan henfon masa tengah pump minyak..dan bahaya juga perbuatan melengah2kan untuk mengalih kenderaan lepas dah siap isi minyak sebab org belakang q ramai..bahaya la nanti yang belakang mengamok..dan emosi saya sedikit terganggu dengan adegan di depan saya itu..hmm..
yg nak ceritanya adalah masa saya tengah tunggu attendant pump tu isi kan minyak kt tank saya datanglah gadis kecil bertudung hitam bagi salam..terkejut i hehe! sambil kenalkan diri beliau bagitau beliau buat jualan amal untuk bantu rumah anak2 yatim kat kedah.yang dijualnya adalah cd lagu2 ape tah..kesian..saya tak boleh dengan anak2 yatim kecil ni saya selalu lemah..so tanpa banyak cakap saya hulurkan duit dan cd bertukar tangan. apa yang saya kesalkan saya tak senyum pun kt beliau sebab masa beliau datang tu betul2 lepas saya geram dengan adegan gadis2 control ayu berkereta proton saga biru tu..sambil beliau bagi cd tu beliau mendoakan saya.."terima kasih kak mudah2an ALLAH murahkan rezeki akak kerana membantu anak2 yatim.."dan terus pergi.
hati saya sangat tersentuh sampai terkeluar air mata..sombongnya saya kerana langsung tak bagi perhatian yang ikhlas pada beliau semata2 mengikut emosi yg dah terganggu sikit tu.adik itu@gadis kecil itu memberi saya pengajaran yang sangat berharga tentang senyum, ikhlas dan sifat kemanusiaan sesama hamba..juga doa..doa anak yatim adalah antara doa yang akan dimakbulkan ALLAH..ya ALLAH beri saya peluang untuk bertemu lagi dengan anak2 yatim itu..gadis kecil, maafkan saya. sombongnya hamba ALLAH yang bernama hafizah ini. ampunkan hambaMu ini YA ALLAH
perkara kedua
berkenaan hubungan adik beradik..
lepas abang saya kawen..ada masanya dalam hati saya timbul perasaan2 'kurang best'. saya percaya orang lain mungkin penah alami situasi yang sama macam saya.manusia katanya..mane ada yang berpuas hati..ada je lah yang tak kene..betul tak hehe!
tapi, dalam perjalanan balik hari tu saya terserempak dengan abang saya kt jalan masuk ke jengka 19..cuti2 pun keje jugak abang saya ni..die bagi lampu, saya pun balas..masuk tol chenor rasa nak tgk henfon lak (perhatian: saya tgk phone masa tengah q nak masuk tol) tgk ada 2 miskol 1 message..dari abg saya. mesage beliau:"gelapnye balik.."
saya terfikir..dia masih mengambil berat adiknya..hmm..saya cepat2 buang perasaan2 'kurang best' tu dari hati saya. saya sayang abang saya :)
perkara ketiga
berkenaan terjemahan alquran dalam bahasa melayu.
tadi pagi2 masuk ofis saya terasa nak baca alquran (pengaruh zul sebelah sebab hari2 dengar beliau mengaji b4 start keje. kredit untuk zul) saya baca surah alkahfi..samapai ayat ke 24 saya berhenti. sadaqallahul aziim..bukak intenet dan saya start meng'google' "terjemahan surah alkahfi"
jumpa banyak tapi bahasa indon..agak2 kenapa takde terjemahan yang menggunakan bahasa melayu malaysia yang standard? atau saya yang tak jumpa?
saya tak mau pre-judge benda2 sensitif mcm ni, takut tersalah pulak..tapi there is a big question mark inside my mind..tentang negara islam malaysia dan tanggungjawab para pemimpinnya..
ke cemane?
question mark itu terus berlegar2 di mindaku...