Wednesday, June 17, 2009

cerita-ceriti...

Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV jugadipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinyakecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kianberanjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, sikembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluargahampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadisgenit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannyabenar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujahapabila dia berdepan dengan Aliyah."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yangditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpinQis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusaisolat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak sepertikelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benarmenjerat hatinya."Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpadengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukanseorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahhhatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakahbuah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, diayakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulahisterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarangni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yangdisimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambahcawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiahsebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyumandaripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidupdengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpadengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertamamembuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nakmembuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah diamerindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke manaQistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemudugaoleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjidPutra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya diatidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudianmenghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum ituadalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. HarumanQistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengantasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, diacuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam KampungSeputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnyalayanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon maduAliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qistidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utkbersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampirsaiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitucantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyahyang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaranzaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret keneraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masihbelum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanyapada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau seleraAbg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluargasinggah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makananwestern food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayahmereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyahsayangkan Abg...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abgyang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anakAbg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau diasendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyahtak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abgmungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abgmengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyahtandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jikamunajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini,isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telahberada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untukdijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyahsayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai..air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihahbersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!"
***************************************************

Friday, June 12, 2009

reunion!!!

banyak keje tapi nak pause kejap :)

berkenaan tajuk yang di atas itu..

saya dapat msg dari geng 'baling tin' saya masa skolah dulu regarding reunion alumni MAAHADSAS pada 10-12 Julai nanti sempena sambutan 10 tahun MAAHADSAS, iaitu tempat dimana saya menimba ilmu di zaman muda2 dulu.

sebenarnya saya da tau dulu coz anak buah saya si umar adalah team organizer program tu.awal2 lagi die da ajak saya.

tak sangka dah 10 tahun.. dulu masa saya melangkah masuk kt kompleks baru MAAHADSAS tahun 1996 saya form 3.saya la antara pioneer yang bergelumang ngan debu dan tanah merah MAAHADSAS coz masa tu only half of the buildings je siap. the rest tu still under construction. kira teramat mencabar la kehidupan warga MAAHADSAS time tuh!

bukan stakat prasarana yang tak cukup, tenaga pengajar pun kurang. tapi ALHAMDULILLAH kitorang2 berjaya gak jadi 'orang' walaupun lahir dari sekolah pendalaman yang serba kekurangan. berkat usaha dan doa semua orang iaitu tenaga pengajar, ibubapa dan jugak kitorang sendiri.

saya pecaya ramai warga MAAHADSAS yang berjaya di luar sana hasil sentuhan warga pendidik yang komited. salah satu contoh yang teramat nyata adalah diri saya sendiri heheh! selain saya lagi 4 orang geng "baling tin' saya dulu iaitu MIDAH (seorang cikgu di sekolah menengah kt Pekan), SARAH (keje ngan MINDEF), SU (keje ngan HABIB JEWELS) dan ASMAA' (keje ngn UITM Jengka). semua jadi orang dan 2 orang da jadi mak orang hehe!

yang tak geng 'baling tin' tapi jadi geng saya masa kt UITM dulu sampai la skrg ni iaitu JIE pun jadi org gak. keje ngan subsidiary TM. ini yang masih keep in touch ngan saya.yang lain2 saya pecaya lagi ramai yang berjaya.

hebatkan sekolah saya?

semua tu sebab cikgu2 yang hebat tu la walaupun tak semua diorang terlatih dalam bidang pendidikan. seingat saya dulu masa zaman saya bape kerat je cikgu yang memang cikgu by their qualification. yang banyaknye adalah cikgu2 sandaran.TAPI, mereka berjaya membentuk kitorang semua tau. credit to all my cikgus iaitu cikgu haji SAFYUDIN bin haji nasaruddin iaitu abgdin saya (saya letak nama die dulu coz dia adalah abang ipar saya yang form part of my big family), cikgu SURIATI kamar, cikgu HASANUDDIN md isa (dah jadik pengetua MAHADSAS sekarang), cikgu abdul AZIZ how abdullah(mane cikgu aziz sekarang ya?) ustazah NORAINI zakaria, cikgu FARIZA salleh, cikgu NORZIHA ibrahim, ustaz FARIDzul izan norawi, ustazah NORAZILAWATI abdul aziz, cikgu SAPURAH (sori cikgu i really cant remember yr full name), cikgu SALINA mohd isa (guru kelas saya masa 5 alfarabi) ustazah DAZURA daing, cikgu siti ROYANI mohd hafidz, ustaz SAMSURIKAMAL jaafar... sebahagian cikgu2 saya yang semuanya menabur budi yang bukan sikit dalam membentuk siapa saya sekarang. yang lainnye saya tak dapat nak recall semua. to all of my cikgus im sorry if i wrongly spelt yr name.saya rindu cikgu2 semua.

saya berkobar2 nak g reunion tu walaupun saya tinguk kt web http://www.maahadsas.edu.my/
die ckp camni.."Semua alumni atau bekas belajar bermula dari batch 1999 sehingga batch 2008 dialu-alukan menghadiri karnival ini. Batch yang terdahulu dari itu juga dipelawa memeriahkan karnival ini."

saya copy paste ayat diorg ni ha.

hurmm..?