Friday, July 17, 2009

peningnye..

xtau pasaipa tp rasanya sbb makan donat cap epal besar td kot.

saya mkn secoit jeh tp pening cam ape tah.

perkara2 penting arini:

1. encik zukri naik pangkat..kene transfer kt nre putrajaya
abis la sorang IO tadek
2. kene g melaka esok saya tak prepare ape2 coz saya malas yg teramat.saya rasa terpaksa sangat kene g nih
3. esok genap 3 bulan allahyarham herman mohd hassan meninggalkan kita semua.alfatihah

Wednesday, July 15, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

Pasangan kekasih kena hukum gantung

Oleh Norhashimah Mohd Radzalimailto:Radzalinorhashimah@bharian.com.my

2 tertuduh meraung didapati bersalah bunuh pelajar KUIA

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih meraung selepas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIA) dengan menjerut dan mencekik leher mangsa, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas pelajar kolej PTPTL, Noralina Ahmad Dasuki, 22, dan bekas pekerja Astro, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, yang sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Malah mangsa, Juliana Md Fuzi, 20, yang juga rakan Noralina, turut dirogol Muhammad Khairul sebelum dibunuh.

Mohamad Zabidin ketika menjatuhkan hukuman, berkata hanya satu hukuman diperuntukkan undang-undang bagi kesalahan membunuh iaitu hukuman mati.

“Oleh itu, kedua-dua tertuduh akan dibawa ke penjara yang sah dan ditahan di situ sehingga dihukum gantung di leher sehingga mati,” katanya.

Sebaik mendengar hukuman, Noralina yang gagal mengawal emosinya bersumpah tidak melakukan kesalahan itu dan terus meraung di dalam kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan ibu bapanya.

Insiden itu turut menarik perhatian hadirin sehingga ada yang menangis apabila melihat pelukan kasih ibu bapa terhadap anaknya yang menggambarkan kasih sayang mereka.

Ibu Noralina sambil menangis menasihati anaknya supaya menerima keputusan itu dengan reda selain berkata: “Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak.”

Ketika dibawa keluar polis mahkamah dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu ibunya melepaskannya, malah dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk keluarganya.

Muhammad Khairul pula dilihat menangis dan menekup tangannya ke muka. Sebelum dibawa ke lokap, dia dengan tangan bergari sempat memeluk anak lelakinya dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya.

Pegawai penjara dan polis mahkamah juga terpaksa membawa Muhammad Khairul ke lokap apabila ibunya gagal mengawal emosinya dan meraung tidak mahu melepaskan anaknya itu serta dalam nada pilu berulang kali meluahkan: “Anak mak, mak sayang”.

Noralina dan Muhammad Khairul dituduh membunuh Juliana di bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras di sini, antara jam 10 malam, 23 Mac 2007 hingga jam 8 malam, 24 Mac 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik, manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T Suresh mewakili Muhammad Khairul.

*************************

ini berita yang saya copy paste dari berita harian edisi hari ni iaitu 15 Julai 2009.

saya terfikir2 bagaimana seorang manusia tergamak merogol dan membunuh seorang manusia lain. kawan baik sendiri pulak tu.di manakah letaknya akal, hati, perasaan, ilmu, iman, kasih sayang dan lain2 perasaan yang sepatutnya kita sebagai makhluk 'ahsani taqwiim' milik ketika mereka melakukan jenayah tersebut? tergamaknya mereka buat semua tu.

saya tak mahu men'jugde' kes ini sebab bagi saya perkara ni dah abis setakat mana ianya diputuskan oleh mahkamah sebab mahkamah yang mulia dah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan beyond reasonable doubt. rayuan-rayuan mungkin ada selepas ini. tapi that is not my concern.

ape yang menarik perhatian saya ialah perasaan mak2 mereka dan ahli keluarga mereka ketika mahkamah menjatuhkan hukuman 302 tu. daripada report suratkabar ni nyatalah mak2 dan ahli keluarga kedua2 OKT sangat sedih malah OKT sendiri xdapat terima hakikat keputusan mahkamah.

hmm..sebagaimana sedihnya mak2 dan ahli keluarga OKT setelah mahkamah jatuhkan hukuman, saya percaya begitulah sedihnya perasaan mak dan ahli keluarga mangsa. malah saya teramatlah percaya bahawasanya perasaan mereka lebih teruk lagi disaat diorg tau yang anak diorg dirogol dan dibunuh oleh orang yang dikenali. apa salahnya sehingga begitu kejam dia diperlakukan?atau sekiranya benar mangsa bersalah sekalipun sudah tiadakah ruang-ruang untuk remedy kesalahan itu sehingga mewajarkan rogol dan bunuh?

bagi saya bukan soal OKT takde pengetahuan undang-undang@atau tak sedar kewujudan 302 atau 376 PC tu tapi lebih kepada perkara yang tersangat basic iaitu rasa kemanusiaan.

kemana hilangnya kemanusiaan sewaktu mangsa menjerit2 minta tolong ketika jenayah tersebut dilakukan kepadanya? mengapa ada manusia di muka bumi ini begitu kejam mengambil nyawa manusia lain dengan cara yang teramat hina dan menyeksakan seolah2 sudah hilang rasa bertuhan?
tidakkah dulu2 masa kecil2 kita sudah diajar kewujudan tuhan, syurga,neraka,pahala dan dosa?
mengapa ada manusia yang begitu angkuh mengetepikan semua ajaran2 itu?
terlupakah mereka tentang semua itu?
atau hakikatnya kerana kita manusia, yang wujudnya juga dari perkataan'nasiya' which means lupa?
betapa hancurnya hati seorang mak apabila anak yang dikandungnya kemudian dia bertarung nyawa melahirkan pula anak itu, dibesarkan dibagi makan,pakai,kasih sayang dan pendidikan tiba-tiba menjelang usia dewasanya anak tersebut melakukan jenayah yang si mak tak pernah terfikir.
begitu kecewa sekalipun si mak tapi masih temankan anaknya menghadapi perbicaraan di mahkamah.begitulah mak tapi kita sebagai anak mampukah jadi seperti mereka?
akhirnya saya bersetuju dengan kata-kata yang arif hakim mahkamah yang mendengar kes ini bahawa hanya satu hukuman sahaja untuk pembunuh iaitu mati.
ke cemana?

Tuesday, July 14, 2009

reunion -II-

saya berkobar-kobar nak gi reunion tuh sekali saya dah siap-siap iron baju kurung yang saya pinjam dari adik saya tiba phone ringing. syaza is calling..arghh!!malasnya nak jawab cal pasal keje time2 cuti ni..hmm..tapi rasa tak patut lak then i picked up the phone sambil meng'off'kan iron.

"kak, syaza ni..sori kacau weekend".
dalam ati saya cakap "tau pun".
di alam nyata saya jawab "ada ape".
"APMM Johor tahan pontun bawak pasir takde permit dari Pekan".
"haa??" "alamak..masalah ape lak di hari sabtu yang damai nih.." kate saya tp dalam hati je la.

dapat report syaza saya terus call bos kuatkuasa PTG. tak jawab.last sekali saya dapat cakap ngan big boss. dia cakap ''ha elokla tangkap biakan diorang"

dah gitu-gini gitu gini ngan call dari johor tak abis-abis, dari kuatkuasa lagi sampai tak dapat saya nak mandi, bonda saya pun cakap.."xyah gi la..setelkan ni dulu"

saya ni jenis lemah..dengar je bonda saya cakap camtu saya terus tak bantah..

huhu! itu la sebabnye yang saya tak g reunion itu dan saya rasa regret gak..

bila lagi agaknya nak jumpa kawan2 dan cikgu2 lama?

Wednesday, July 8, 2009

pencuri lagi..

pencuri itu telah masuk lg ke rumah bonda saya dan mencuri duit saya sebanyak hampir RM1k.

banyak gile siyott!

saya nk byq kete sewa umah bagi kt bonda saya, buat blanje bulan ni..

teramat berdosa besarnya si durjana itu kerana mencuri hak saya.

kami satu famili pakat2 baca yasin mubin minta pertolongan ALLAH mudah2an si durjana itu pulangkan semula duit asaya kerana saya yakin kekuasaan ALLAH mengatasi segala2nya.

xpenahke pencuri itu fikir perasaan mangsa2 ativiti pencuriannya?

perasaan mak ayah die?or mak ayah die pun sama naik dengan die-tau anak mencuri tp menyalahkan mangsa yg tak simpan barang2 dengan proper?

saya tak paham tabiat mak bapak camni coz bonda saya penah melaluinya masa 1st time umah saya kene masuk aritu. masa tu tangah merewang kenduri rumah jiran saya.ramai makciks yg interview bonda saya pasal kes tuh tiba2 1 of those makciks sound bonda saya "orang2 kita ni kalau ada je pencuri masuk rumah tuduh anak peneroka.padalah anak kita tak tau apa2 pun. yang buat tu indon2 tu. diorang tu kalau nak buat jahat, dah buat dari luar, tabur je ape2 pukau sebelum masuk rumah" lebih kurang camtu le cite bonda saya kpd saya. agak hearsay..tp bonda saya amek langkah bijak matikan perbualan walaupun tak puas ati ngan makcik tu coz bonda saya atau sesiapa saja makciks yg ada during that conversation tak sebut langsung pasal anak makcik tu yang memang seluruh jengka tau merupakan penagih dadah yang kejenya memang mencuri.

kenapa nak back up sangat anak tu?

baru2 ni anak die kene tangkap meragut di kuantan..

ada gak syak dalam ati saya..ntah2..die yg masuk umah bonda saya tu.

saya doa dan amat berharap die pulangkan semula duit saya dan die mendapat pembalasan setimpal atas perbuatannya