Monday, August 30, 2010

hari ini....

sy amat mengantuk dan tidak produktif langsung..nk mamam kuih raya...

Wednesday, August 18, 2010

tiada tajuk

saya ada baju baru

saya ada skirt baru

saya gembira pergi bekerja

saya memakai tanda nama

saya melihat diri di cermin

saya tersenyum dengan fasa baru dalam kehidupan saya

saya mahu bekerja bersungguh-sungguh

Monday, August 16, 2010

ramadhan dan kegilaan manusia

ramadhan datang lagi.

alhamdulillah diberi kesempatan untuk melaluinya walaupun dugaannya lebih mencabar dari ramadhan-ramadhan yang lalu. mudah-mudahan diberi hati yang ikhlas dan tubuh yang ringan untuk menggandakan ibadah di bulan mulia ini.

hmm...ramadhan kali ini penuh dengan kegilaan manusia di seluruh negara. tak habis-habis cerita buang bayi (aku heran mak-mak dan bapak-bapak yang berkerjasama menyebabkan baby tu lahir dan kemudian bekerjasama lak membuangnya..akai tak dak kaa??)

saya setuju jika kes pembuangan bayi disiasat di bawah s302 penal code or at least s307 PC i.e attempt to murder kaa..kasi mati sama itu orang. sebabnya mereka memang tak layak hidup pun. betul tak?

tapi disamping hukuman yang lebih berat, adalah amat wajar sekiranya penyelesaian dicari bermula dengan puncanya. apa punca baby tersebut tidak dikehendaki wujud di muka bumi ini?
banyak kot tapi yang paling tepat puncanya pada akal waras saya adalah kerana anak tersebut dalam bahasa sopannya adalah anak tak sah taraf, anak luar nikah. kerana mak dan bapak biologinya tak nikah lagi masa anak tu lahir. kerana nak tutup malunya itu maka disembunyikan kelahiran tersebut dengan apa cara sekalipun termasuk la cara-cara yang selalu berita kat tv, radio,internet, suratkabar hebah-hebahkan tu.

in my humble opinion, penyelasaian yang terbaik adalah diperingkat cemana nak halang orang-orang yang tak kahwin lagi buat benda-benda yang orang kahwin buat. jika dapat di'tackle' di situ rasanya tadek la wanita yang mengandung luar nikah.mengandung ya bukan termengandung sebab mengandung itu tak berlaku secara ter.. ianya berlaku secara rela kecuali dalam kes-kes rogol kot. 'kot' dalam kes-kes rogol sebab dulu cikgu prosedur jenayah saya penah cerita pengalaman dia masa mengendalikan satu kes rogol yang mana antara soalan dia pada masa tu kepada mangsa adalah 'apa awk rasa masa awak kena rogol?' mangsa jawab 'saya rasa best'. jadi dalam kes camni kalau berlaku apa-apa kepada so called 'mangsa rogol' itu selepas acara perogolan tersebut maka bukanlah dikira termengandung-pada hemat saya lah, tapi lebih kepada mengandung sebab wujud unsur-unsur consent disitu.

balik kepada bebelan mengenai penyelesaian tu..kalau punca dapat diatasi maka tentu kegilaan ni tak berlarutan. cuba kita rakyat satu malaysia memikir-mikirkan cemana nak solve benda ni dari akar umbi. mungkin sampai masanya perbezaan politik diketepikan-sila ambil kira pandangan tuan guru nik aziz sebab saya rasa penyelesaian kegilaan ni perlu kepada pendekatan agama. ala..orang kampung saya kata 'prevention is better than cure' heheh! ke cemana?

bulan ramadhan ni jugak manusia menggila mengamuk berbunuh-bunuhan ahli keluarga dan bersimbah-simbahan asid. sedih dan menakutkan bila rumah yang kita anggap tempat paling selamat merupakan tempat berlaku tragedi menyayat hati.

mana agaknya kewarasan akal?sedihnya dan traumanya mangsa-mangsa.

minta dilindungi dari keburukan-keburukan ini.

lagi kegilaan manusia di bulan mulia ini?
gila pasar ramadhan sampai jalan jam..kira gila ke ni?entah le tapi pasar ramdhan kat taman tas ada cendol sedap.huuu..

Monday, August 9, 2010

???

NEVER BELIEVE YOUR BOSS UNTIL U DO RESEARCH THOROUGHLY..

hehe! saja je..bkn ape bos kan banyak benda nak kene ingat. dulu masa study ada org bagitau makin banyak nk kene ingat makin banyak yang kita lupa..so..maafkan je la bos kalau beliau 'ter'bagi salah info@direction@advise etc..err..bos kan banyak benda nak kene ingat..

moral of the story: do research..thouroughly of course..rajinlah juga bertanya kepada orang lain..

# entry yang tadek kene mengena dengan org2 opis PTG