Monday, August 30, 2010

hari ini....

sy amat mengantuk dan tidak produktif langsung..nk mamam kuih raya...

Wednesday, August 18, 2010

tiada tajuk

saya ada baju baru

saya ada skirt baru

saya gembira pergi bekerja

saya memakai tanda nama

saya melihat diri di cermin

saya tersenyum dengan fasa baru dalam kehidupan saya

saya mahu bekerja bersungguh-sungguh

Monday, August 16, 2010

ramadhan dan kegilaan manusia

ramadhan datang lagi.

alhamdulillah diberi kesempatan untuk melaluinya walaupun dugaannya lebih mencabar dari ramadhan-ramadhan yang lalu. mudah-mudahan diberi hati yang ikhlas dan tubuh yang ringan untuk menggandakan ibadah di bulan mulia ini.

hmm...ramadhan kali ini penuh dengan kegilaan manusia di seluruh negara. tak habis-habis cerita buang bayi (aku heran mak-mak dan bapak-bapak yang berkerjasama menyebabkan baby tu lahir dan kemudian bekerjasama lak membuangnya..akai tak dak kaa??)

saya setuju jika kes pembuangan bayi disiasat di bawah s302 penal code or at least s307 PC i.e attempt to murder kaa..kasi mati sama itu orang. sebabnya mereka memang tak layak hidup pun. betul tak?

tapi disamping hukuman yang lebih berat, adalah amat wajar sekiranya penyelesaian dicari bermula dengan puncanya. apa punca baby tersebut tidak dikehendaki wujud di muka bumi ini?
banyak kot tapi yang paling tepat puncanya pada akal waras saya adalah kerana anak tersebut dalam bahasa sopannya adalah anak tak sah taraf, anak luar nikah. kerana mak dan bapak biologinya tak nikah lagi masa anak tu lahir. kerana nak tutup malunya itu maka disembunyikan kelahiran tersebut dengan apa cara sekalipun termasuk la cara-cara yang selalu berita kat tv, radio,internet, suratkabar hebah-hebahkan tu.

in my humble opinion, penyelasaian yang terbaik adalah diperingkat cemana nak halang orang-orang yang tak kahwin lagi buat benda-benda yang orang kahwin buat. jika dapat di'tackle' di situ rasanya tadek la wanita yang mengandung luar nikah.mengandung ya bukan termengandung sebab mengandung itu tak berlaku secara ter.. ianya berlaku secara rela kecuali dalam kes-kes rogol kot. 'kot' dalam kes-kes rogol sebab dulu cikgu prosedur jenayah saya penah cerita pengalaman dia masa mengendalikan satu kes rogol yang mana antara soalan dia pada masa tu kepada mangsa adalah 'apa awk rasa masa awak kena rogol?' mangsa jawab 'saya rasa best'. jadi dalam kes camni kalau berlaku apa-apa kepada so called 'mangsa rogol' itu selepas acara perogolan tersebut maka bukanlah dikira termengandung-pada hemat saya lah, tapi lebih kepada mengandung sebab wujud unsur-unsur consent disitu.

balik kepada bebelan mengenai penyelesaian tu..kalau punca dapat diatasi maka tentu kegilaan ni tak berlarutan. cuba kita rakyat satu malaysia memikir-mikirkan cemana nak solve benda ni dari akar umbi. mungkin sampai masanya perbezaan politik diketepikan-sila ambil kira pandangan tuan guru nik aziz sebab saya rasa penyelesaian kegilaan ni perlu kepada pendekatan agama. ala..orang kampung saya kata 'prevention is better than cure' heheh! ke cemana?

bulan ramadhan ni jugak manusia menggila mengamuk berbunuh-bunuhan ahli keluarga dan bersimbah-simbahan asid. sedih dan menakutkan bila rumah yang kita anggap tempat paling selamat merupakan tempat berlaku tragedi menyayat hati.

mana agaknya kewarasan akal?sedihnya dan traumanya mangsa-mangsa.

minta dilindungi dari keburukan-keburukan ini.

lagi kegilaan manusia di bulan mulia ini?
gila pasar ramadhan sampai jalan jam..kira gila ke ni?entah le tapi pasar ramdhan kat taman tas ada cendol sedap.huuu..

Monday, August 9, 2010

???

NEVER BELIEVE YOUR BOSS UNTIL U DO RESEARCH THOROUGHLY..

hehe! saja je..bkn ape bos kan banyak benda nak kene ingat. dulu masa study ada org bagitau makin banyak nk kene ingat makin banyak yang kita lupa..so..maafkan je la bos kalau beliau 'ter'bagi salah info@direction@advise etc..err..bos kan banyak benda nak kene ingat..

moral of the story: do research..thouroughly of course..rajinlah juga bertanya kepada orang lain..

# entry yang tadek kene mengena dengan org2 opis PTG

Wednesday, July 28, 2010

proton saga..kebanggaan malaysia..

sudah lulus induksi umum yeaa!

sedang berperasaan berbunga2 di hati..huhu

bersama rasa sambal tumis belacan yang enak tetapi telah ter'vommit'kan semula..

mari bekerja dengan penuh semangat!

ayuh setelkan yang bertimbun di meja itu dengan perasaan penuh kecintaan terhadap kerjaya dan diri sendiri..

proton saga..kebanggaan malaysia..

Friday, July 23, 2010

in memory...

oyen=poyen=anemoyen...

missing since 13-07-2010.

miss him so very much..poyen balikla..

cari-cari gamba poyen tapi tak jumpa..

-i'm crying-

Wednesday, July 21, 2010

saya insan kecil

adakalanya hati terus2an diusik 'kenangan2' tidak enak itu sehingga saya merasakan tidak tahu bagaimana mahu mendepani hari2 saya dan tidak mahu memikirkan hari2 depan saya..

tuhan, kuatkan hambamu ini menghadapi dugaan yang kau takdirkan untukku..

Friday, July 16, 2010

bauan itu..

ada lagi..adoiiii...la..tolong!

lihat widget itu..
lihat dia sudah membesar..
saya sangat gembira dan berdoa dia sihat..
cant wait to see u dear ;)

Wednesday, June 16, 2010

bau2an

dah kembali terhidu bau yang tak best itu..adehh..cemane la bau kantin buleh masuk kat dalam neh!

Tuesday, June 15, 2010

hati hepi banget

sudah selamat tiba apa yg ditunggu dari kedai manik.berkobar2 mau pulang ke rumah ;)

Monday, June 14, 2010

my feeling today

happy tunggu 'barang' dari kedaimanik.com :D

Tuesday, June 1, 2010

qunut nazilah


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka
**********
marilah berdoa untuk rakyat palestin dan sukarelawan lifeline for gaza.

Monday, May 31, 2010

aku fikir...

perut dan tekak sangat tidak selesa
tapi kisah di palestin lebih menyayat hati
aku disini masih mampu lena sedang mereka bertarung nyawa..

aku lihat encik itu datang bertanya kan fail-failnya
tapi aku sedang terfikir-fikir tentang gula minyak dan subsidi
juga judi bola
juga kebangkrapan malaysia

mahu jadi apakah kita?
dan para nelayan?
para petani?
para peniaga ikan?

banyaknya yang aku fikir
banyaknya kerja di atas meja..
dan encik itu masih di situ dan nampak tidak puas hati

...

ngantuk...







penat...





banyak keje....






???????

Monday, May 17, 2010

SUKA DIRA

Tuesday, April 13, 2010

nama saya..

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=682&cmd=resetall

http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/07/31/etika-memberi-nama-anak-dalam-islam/

Friday, April 2, 2010

beautiful blogger award




1st time dapat award. terima kasih buat sahabat lama saya, puan asmaa' haji mokhtar
THE RULES:
1. Thank & link the person that gave you the award.
- dah buat
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
???
-saya tak aktiv blogging, so rule ini confirm tak dapat dipenuhi..so cemana ni asmaa?
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
-???
4. State 7 things about yourself.
1. saya ada 2 kucing besar
2. saya nak makan cencaluk melaka
3. geng saya semasa sekolah ialah:
-hamidah kasim
-siti sarah mat piah
-asmaa' haji mokhtar
-suria hasan
-mohd hafiz ali
4. saya suka kerja2 kraf
5. saya bercita2 mahu menjadi pembuat kraf yang berjaya
6. saya teringin nak jumpa kawan2 sekolah saya dulu
7. saya ambil juga award ini walaupun tak cukup syarat sebab ia dianugerahkan oleh asmaa:-)
terima kasih kepada asmaa sebab:
1. menyenaraikan blog saya dalam syarat no 2
2. persahabatan kita dari dulu sampai sekarang
p/s: kita buat reunion geng2 kita nak?

Thursday, February 18, 2010

ada apa hari ini?

1. tak boleh buka mata..sangat amat mengantuknya..dan malasnya mau pergi kerja
2. buka wardrobe tengok-tengok mau pakai baju apa..ambil baju batik black & white (baju zaman LLB(hons) UITM dihatiku). tak pelah pakai baju batik bukan hari khamis (berkata di dalam hati)
3. sampai ofis dan lihat ramai orang berbaju batik. eh?ramainya yang sama fikiran dengan saya hari ini-pakai baju batik bukan dihari khamis (jug kata-kata dalam hati)
4. punch in jam 7.59 a.m. terlambat sebab malas bangun awal pagi tadi.
5. call khidmat pengurusan tanya tentang pekeliling baru dan dimaklumkan "tapi hari ni miting"
"ha?miting ape?" tanya saya dengan nada yang terkejut. "miting pagi la, hari ni kan khamis" boleh?terlupa dah masuk khamis pun..sebabnya?start kerja minggu ini adalh hari rabu..patutla ramai orang pakai batik huhu!

-------------------------

mau pergi jpj untuk renew lesen. hari ini last saya P esok dah lesen full.yeah!alhamdulillah.

-------------------------

dapat emel dari asmaa' hj mokhtar kawan lama-lama dulu..tengok blog dia.rajin asmaa nih.

-------------------------
dah abis..kepala pening..

Monday, January 18, 2010

hari ini

tadi pagi masa nak mandi saya jatuh terduduk kt bathroom. adeh! sakit jugak la..ni pun sakit gak tapi tak tau sakit sebab terjatuh td or sebab saya sit up 30 kali non stop semalam.

**********
tadi bos panggil..
apa ni balik tak bagi tau
alamak!mintak maaf la dato'..(saya memang tadek alasan apa2 pasal kes balik dari CH tak bagitau bos nih tapi rasa2nya masa mamam pas miting tu cakap dah nk balik trus)
sori dato' bla..bla. bla...(saya diam jek)
i bukan ape bangla banyak kat atas tu..takut2 hilang ngan bangla haha!! (wahh..veri de concern my bos)
hehe..
bla..bla..bla..
eh jgn naik dulu tunggu breakfast
....maka kami pun berbreakfast ngn bos..
tengok ni dah la buat salah bos ajak makan lagi haha! (bos memang suka gelak tapi bila dia serius kecut perut woo..)

bos cerita2 pasal CH and banyak file yang dia tunjuk pada saya..hellemekk..banyak kerja gua nih diwaktu kecederaan nih..tiba2 dia cakap pasni kita berarak ke jengka la pulak ya..wahh..bos ni tau2 je i belum cakap pape lagik..saya senyum je haha!

***********

tiba2 hati saya bimbang yg bukan2..sampai sekarang..masih bimbang tak tau nape dan dengan file yang menimbun di atas meja terus berasa bimbang sambil menalifon p.a bos bertanya faks yang masuk laswik memandangkan laswik saya cuma ada di opis sebanyak 1 hari setengah..

************
terus diselubungi perasaan tak best..
entry ini adalah tindak balas terhadap perasaan tak best itu...