Thursday, December 24, 2009

manik berterabur di baju

bahan-bahan jahitan

bahan-bahan makanan untuk penjahit

hasil jahitan

inilah baju cik maznorlia yang saya jahitkan manik berterabur-terabur dihujung lengannya

sekian terima kasih

lagi gambar2 raya haji

godek-godek pendrive terjumpa gambar-gambar ini.
kategori: persiapan makan2..

cik imah buat roti canai
kuah mi kari
kuah kacang untuk nasi impit
acara menghidang
dah kenyang makan berat2, petang sket buat kek oren.aisyah tunjuk skill huhu!
kategori: persiapan baju-baju

asraf

anas

ilyas

umar

kategori: aktiviti bebas

Wednesday, December 23, 2009

gundah-gulana

gundah gulana adalah sedih dan lesu kata kamus dewan edisi 4.

tersangat sedih hingga badan menjadi lesu kalau ikut kamus pelajar edisi 2.
---------------

adakah sesiapa yang pernah merasa gundah gulana?

atau

normalkah untuk berasa gundah gulana?
------------------

saya sedang gundah gulana sekarang kerana saya berasakan saya tak pandai, tak reti dan tak perform dalam menjalankan tugas2 saya.

ada tak sapa2 yang pernah rasa macam saya?normal tak perasaan tu?

saya sangat tak kofiden sekarang dan sangat down...di mana mahu mencari penyelesaiannya?

ya allah.. kenapa begini?

Thursday, December 17, 2009

food poisoning?

malam tadi saya termuntah2 dengan amat teruk sekali never in my life!plus pening pusing2 rumah..lembik..xle bukak mata..food poisoning kot.tp food poisoning muntah ke?

Wednesday, December 16, 2009

laporan bergambar

adegan2 ini direkodkan pada aidiladha baru2 ini..



abu basir dan zyad- cikjah, jangan buang gambar ni ye, basir nak masukkan dalam myspace.
cikjah-dah balik mengaji tak amek pun gamba ni.cikjah upload kat cni la ye heheh!


gambar pagi raya aidiladha-first time raya kat rumah kaklong, abg din tadek, rumah mak tengah renovate. so, sooo veri simpel our raya tapi sangat happening sebab lepas makan, makan, lepas makan, makan dan makan. tapi gamba makanan tadek haha!

humaira' buat muka yang sangat geram sehingga 'memaksa' cikjah post gambar dia hehe!

ni kes syok sendiri bila dapat camera.sukati korang la, jangan korang hancurkan camera tu sudehh..


Friday, December 11, 2009

sejuk..

tak ujan, tak pasang aircond..tapi sejuk banget...cramp rasa tangan nih

Monday, December 7, 2009

lagi



yang ni memang dah lama nak upload tapi telupa...baju tikah yang saya berjaya manikkan dalam tempoh 2hari je hehe!
tak tau nak bagi nama ape benda nih yang pasti saya buat ikut suka saja yang penting orangnya suka haha!
gambar close up tu shaking la pulak huhu!
carik2 gamba baju cik maz yang saya dah siapkan manik aritu, tak jupe lak mane tah

Friday, December 4, 2009

teringat kawan2 lama...




rindunye zaman kita muda2 dulu jie..
************************
my bestfriend...dah pregnant 5 months.
lepas dia kawen saya langsung tak pernah jumpa dia..
ni gambar dia emel tadi..sudah nampak perut
*************************
bubuyov @ iylia ihsan gordon also my best friend, akan menghantar rombongan meminang cik wan fazrina nexyear. alhamdulillah..tahniah bubu.
keje kuat bubu, nak kawen banyak pakai duit huhu!
rindu jugak kat bubu.

pengumuman!pengumuman!

lately ni makin kerap lak announcement ini di komtur ni:

"assalamualaikum dan salam sejahtera..

kepada tuan punya kenderaan tersebut sila alihkan kenderaan anda ke petak letak kereta yang disediakan.

kenderaan tersebut adalah:

dot.dot.dot.

***************

ada dua perkara yang saya selalu terfikir bila announcement ni berkumandang di udara.

petama- bila dihayati betul2 bait kata encik yang buat pengumuman ni saya rasa kelakar sebab perkataan tersebut yang pertama tu tak sepatutnya berada disitu saya fikir. bukan tersebut tu sepatutnya merujuk kepada sesuatu yang kita dah sebut dulu di awalnya ke?
kesalahan tatabahasa tu. tapi saya lebih cenderung rasa lucu, nak tergelak bila dengar announcement tu di buat camtu.

kedua- tuan2 kereta tu..takkan la seminggu 2-3 kali nak kena bagitau..rasa lately ni memang sangat la kerapnya announcement tu dibuat tapi ada jugak lagi org yang masih park kereta sesuka hati dan mengganggu lalulintas. kenapa eh? sebab nak kene sebut no kereta bagi satu building dengar kot...tak paham la orang2 yang pentingkan diri sendiri ni.ikut suka ati je nak park katne..hmmm...

* entry ini di masukkan sejurus selepas announcemnt di atas dibuat.

Tuesday, December 1, 2009

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

diambil dari http://pengantin.com.my

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.
Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.
Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.
Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.
Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.
Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.
Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)