bonda saya mengadu pagi tadi..tentang hal anak beranak..
hmm..begitulah seorang mak, sayangnya pada anak takkan sama macam mana kita walaupun berapa ramai pun adik beradik sayang kat dia. walaupun kita adik beradik kumpulkan sayang kita dan bagi pada mak, takkan sama dengan sayang mak pada kita.
tapi kan, kenapa kita sebagai anak selalu lupa yang kita ni anak dan dia tu mak kita? selalu je kita lupa yang sebagai anak, walau tinggi mana pun kedudukan kita, kita tetap wajib hormati dia, tetap kena jaga perasaan dia..dan lagi, kita selalu lupa yang membuat mak kita kecik hati tu suatu dosa walaupun mak kita tak tunjukkan perasaan tu pada kita?kenapa agaknya kita kadang treat mak kita macam kita treat kawan2?bukankah kita ni anak?tidakkah kita sedih kalau mak kita buat jugak kita camtu?kenapa kita selalu pentingkan rasa kita sahaja berbanding rasa emak yang mengandungkan kita, lahirkan kita dan besarkan kita setelah kita rasa kita boleh hidup sendiri?
mak,
hafizah sayang pada mak lebih dari apa yang hafizah sayang dalam dunia ni.
terima kasih sebab melahirkan hafizah ke dunia ni, besarkan dan bagi pelajaran sehingga hafizah jadi seperti hafizah yang sekarang.
mak,
maafkan kami anak2 mak yang selalu menyinggung perasaan mak..
saya tak sabar nak balik kampung, nak salam mak, nak cium tangan mak, nak ubat luka di hati mak..biar saya yang menghiburkan hati mak di kala mak bersedih..
*****************************
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (Al Israa’ 17:23)
Thursday, August 20, 2009
orang tua kita
Kasih ibu bawa ke syurga
Posted by saya at 20.8.09
Labels: dari hati saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment