Pasangan kekasih kena hukum gantung
Oleh Norhashimah Mohd Radzalimailto:Radzalinorhashimah@bharian.com.my
2 tertuduh meraung didapati bersalah bunuh pelajar KUIA
KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih meraung selepas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIA) dengan menjerut dan mencekik leher mangsa, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas pelajar kolej PTPTL, Noralina Ahmad Dasuki, 22, dan bekas pekerja Astro, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, yang sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.
Malah mangsa, Juliana Md Fuzi, 20, yang juga rakan Noralina, turut dirogol Muhammad Khairul sebelum dibunuh.
Mohamad Zabidin ketika menjatuhkan hukuman, berkata hanya satu hukuman diperuntukkan undang-undang bagi kesalahan membunuh iaitu hukuman mati.
“Oleh itu, kedua-dua tertuduh akan dibawa ke penjara yang sah dan ditahan di situ sehingga dihukum gantung di leher sehingga mati,” katanya.
Sebaik mendengar hukuman, Noralina yang gagal mengawal emosinya bersumpah tidak melakukan kesalahan itu dan terus meraung di dalam kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan ibu bapanya.
Insiden itu turut menarik perhatian hadirin sehingga ada yang menangis apabila melihat pelukan kasih ibu bapa terhadap anaknya yang menggambarkan kasih sayang mereka.
Ibu Noralina sambil menangis menasihati anaknya supaya menerima keputusan itu dengan reda selain berkata: “Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak.”
Ketika dibawa keluar polis mahkamah dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu ibunya melepaskannya, malah dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk keluarganya.
Muhammad Khairul pula dilihat menangis dan menekup tangannya ke muka. Sebelum dibawa ke lokap, dia dengan tangan bergari sempat memeluk anak lelakinya dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya.
Pegawai penjara dan polis mahkamah juga terpaksa membawa Muhammad Khairul ke lokap apabila ibunya gagal mengawal emosinya dan meraung tidak mahu melepaskan anaknya itu serta dalam nada pilu berulang kali meluahkan: “Anak mak, mak sayang”.
Noralina dan Muhammad Khairul dituduh membunuh Juliana di bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras di sini, antara jam 10 malam, 23 Mac 2007 hingga jam 8 malam, 24 Mac 2007.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik, manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T Suresh mewakili Muhammad Khairul.
*************************
ini berita yang saya copy paste dari berita harian edisi hari ni iaitu 15 Julai 2009.
saya terfikir2 bagaimana seorang manusia tergamak merogol dan membunuh seorang manusia lain. kawan baik sendiri pulak tu.di manakah letaknya akal, hati, perasaan, ilmu, iman, kasih sayang dan lain2 perasaan yang sepatutnya kita sebagai makhluk 'ahsani taqwiim' milik ketika mereka melakukan jenayah tersebut? tergamaknya mereka buat semua tu.
saya tak mahu men'jugde' kes ini sebab bagi saya perkara ni dah abis setakat mana ianya diputuskan oleh mahkamah sebab mahkamah yang mulia dah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan beyond reasonable doubt. rayuan-rayuan mungkin ada selepas ini. tapi that is not my concern.
ape yang menarik perhatian saya ialah perasaan mak2 mereka dan ahli keluarga mereka ketika mahkamah menjatuhkan hukuman 302 tu. daripada report suratkabar ni nyatalah mak2 dan ahli keluarga kedua2 OKT sangat sedih malah OKT sendiri xdapat terima hakikat keputusan mahkamah.
hmm..sebagaimana sedihnya mak2 dan ahli keluarga OKT setelah mahkamah jatuhkan hukuman, saya percaya begitulah sedihnya perasaan mak dan ahli keluarga mangsa. malah saya teramatlah percaya bahawasanya perasaan mereka lebih teruk lagi disaat diorg tau yang anak diorg dirogol dan dibunuh oleh orang yang dikenali. apa salahnya sehingga begitu kejam dia diperlakukan?atau sekiranya benar mangsa bersalah sekalipun sudah tiadakah ruang-ruang untuk remedy kesalahan itu sehingga mewajarkan rogol dan bunuh?
bagi saya bukan soal OKT takde pengetahuan undang-undang@atau tak sedar kewujudan 302 atau 376 PC tu tapi lebih kepada perkara yang tersangat basic iaitu rasa kemanusiaan.
Wednesday, July 15, 2009
kasih ibu membawa ke syurga
kemana hilangnya kemanusiaan sewaktu mangsa menjerit2 minta tolong ketika jenayah tersebut dilakukan kepadanya? mengapa ada manusia di muka bumi ini begitu kejam mengambil nyawa manusia lain dengan cara yang teramat hina dan menyeksakan seolah2 sudah hilang rasa bertuhan?
tidakkah dulu2 masa kecil2 kita sudah diajar kewujudan tuhan, syurga,neraka,pahala dan dosa?
mengapa ada manusia yang begitu angkuh mengetepikan semua ajaran2 itu?
terlupakah mereka tentang semua itu?
atau hakikatnya kerana kita manusia, yang wujudnya juga dari perkataan'nasiya' which means lupa?
betapa hancurnya hati seorang mak apabila anak yang dikandungnya kemudian dia bertarung nyawa melahirkan pula anak itu, dibesarkan dibagi makan,pakai,kasih sayang dan pendidikan tiba-tiba menjelang usia dewasanya anak tersebut melakukan jenayah yang si mak tak pernah terfikir.
begitu kecewa sekalipun si mak tapi masih temankan anaknya menghadapi perbicaraan di mahkamah.begitulah mak tapi kita sebagai anak mampukah jadi seperti mereka?
akhirnya saya bersetuju dengan kata-kata yang arif hakim mahkamah yang mendengar kes ini bahawa hanya satu hukuman sahaja untuk pembunuh iaitu mati.
ke cemana?
Posted by saya at 15.7.09
Labels: inside my mind
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment